Wednesday, May 18, 2011

PERMULAAN YANG BARU!!

sudah sampai di penghujung aq bergelar Mahasiswa KUIS... tidak lama lg aq akan memulakan kehidupanku yang baru di tempat yang baru, suasana yang asing bagiku....

persekitaran yang asing, sahabat2 yang asing.... tapi aq bersyukur kerana aq diberi sahabat yang masih setia bersamaku memulakan kehidupanku yang baru ini...

kehidupan sebagai Mahasiswi KUIN.. yang aq x taw bagaimana perjalananku nanti... moga2 dipermudahkan segala urusan... dan diberikan sahabat2 yang baik seperti di KUIS hendaknya... ameennn...

aku merindukan sahabat-sahabatku di KUIS... terutamanya QS B... walaubagaimanapun.. QS b tetap di hati ini... 3 taun mengajarkanku pelbagai pengalaman yang tak pernah aq rasai selama ini...

sekian.....

Saturday, January 29, 2011

Final semakin Menghampiri

sedar x sedar sudah di penghujung sem bg kami student2 di kuis,
bagaimana persiapan sahabat2 sekalian untuk menghadapi final exam ini...
moga kita berusaha berdoa pada Allah..
mudah-mudahan akan mendapat natijah yang menggembirakan..

erm... bila final makin dekat maknanya. makin dekat juga untuk aku dan kawan2
akan berpisah membawa haluan masing2 demi cita2 yang ingin dicapai...
moga ukhuwah yang sedia terbina ini akan berkekalan dan akan terus mekar
berpanjangan hendaknya...

akhirnya selamat menduduki exam final dan selamat "mensiapkan" latihan ilmiah...

meen ya rabb...

Saturday, January 22, 2011

selamat hari lahir Raudhah


selamat hari lahir sahabat...
tiada apa yang mampu aku ungkapkan dan aku berikan
melainkan  semoga sahabatku ini panjang umur, dimurahkan rezeki...
serta ditambahkan ilmu serta iman di dalam dadanya...

SELAMAT HARI LAHIR..

semoga ukhuwah yang terbina diantara
kita akan berkekalan hingga ke akhirnya...






                                   
 


Thursday, January 20, 2011

HaWa


Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.